Buat semua warga Guru di seluruh Malaysia, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru
Jadilah "Guru Pembina Negara Bangsa"
Jadilah "Guru Pembina Negara Bangsa"
Sejauh Manakah Guru Berperanan Mendidik Remaja
Oleh : Encik Norazam Hj. Nayan
- Penulis menekankan peranan guru dan ibu bapa yang saling sokong-menyokong di antara satu sama lain demi menjainin kecemerlangan pendidikan, disiplin dan akhlak remaja masa kini. Apa yang menarik di sini, beliau berjaya menjelaskan dan menekankan sejauh manakah guru berperanan dalam mendidik remaja. Guru yang berkesan dalam mendidik remaja iaiah guru yang adil, demokrasi, bertimbang rasa, menarik, tangkas, bertanggungjawab, sabar dan berkeyakinan dalam profesionnya.
-
- Beberapa garis panduan untuk menyedarkan guru tentang peranannya dalam mendidik remaja:
-
- 1. Mengikut Imam Al-Ghazali, guru sebagai “MURABBI’ - yang sentiasa memonitor pelajarnya setiap masa dan ketika. Tetapi pada zaman sekarang agak sukar untuk berjumpa guru sedemikian.
-
- 2. PENGAJAR - “EDUCATOR” yang berusaha memahamkan pelajarnya tentang sesuatu konsep dan pengajaran dengan cara yang paling mudah, sisteimatik, seronok dan bermakna. Guru itu sebagai agen mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.
-
- 3. PEMBIMBING - Membimbing remaja bersikap rasional, realistik dan tenang menghadapi sebarang kemungkinan di dalam hidupnya.
-
- 4. FASILITATOR - Bertindak sebagai pemudah cara dan mernbantu remaja melicinkan perjalanan harian mereka baik di dalam kelas mahupun di luar kelas tanpa memilih kasih.
-
- 5. INVENTOR - Berperanan memperkenalkan inovasi kepada ramai iaitu sesuatu yang baru sama ada kaedah, idea, teknik dan sebagainya. Guru bertindak sebagai agen perubahan.
-
- 6. PENGURUS - Mampu mengurus semua keadaan dengan cekap dan sempurna maka secara langsung dapat memupuk disiplin kendiri remaja. Disiplin cemerlang akademik cemerlang.
-
- 7. PENGHUBUNG - “COMMUNICATOR” yang bertindak cemerlang dalam hubungan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan Allah s.w.t , melalui zikir dalam erti kata hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah s.w.t”.
-
-
- Dengan itu jelaslah bahawa tanggungjawab seorang guru itu sangat berat dan pekerjaan yang sangat mulia kerana objek yang hendak dibentuk ialah hati-hati manusia yang tidak semudah mengoperasikan sebuah kilang pembuat barangan. Hati-hati manusia yang dibentuk ini perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan untuk menjamin supaya benar-benar berguna pada agama, bangsa dan negara. Sehubungan itu, mendidik hati remaja akan menjadi lebih efektif jika hati-hati pendidik itu merupakan hati-hati yang rapat dengan Allah S.W.T dan sentiasa dipimpin oleh hidayah-Nya.
Sumber : Wan Mohd. Zuhairi wan Abdullah, Sejauh manakah guru berperanan mendidik remaja, MAJALAH PENDIDIK UMMAH, Bil. A, ms. 53-56.
No comments:
Post a Comment