Mulakan langkahmu dengan kalimah suci

Wednesday, May 26, 2010

Penggunaan Vsat

Ni rupanya






Hari ni ada persoalan apa itu vsat jadi kena terangla sikit apa itu VSAT
Kalau tak paham juga, nal buat cam mana. Sebab bila online sat hilang sat ada macam chipmore je linenya , tu pun tak faham juga.

Apa itu Vsat

Sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) atau Satelit Bukaan Amat Kecil di
perkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan
luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998) memberikan
takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi
dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara,
data, fax, imej atau persidangan video secara digital. VSAT, boleh menyediakan data
pada kelajuaan 64 kbps hingga 4.2 Mbps daripada tapak yang jauh dan sehingga 9 Mbps
daripada pusat kepada tapak di kedudukan yang jauh. Setiap daripada terminal jarak jauh
ini mempunyai satu penyalur terbina di dalam dan disediakan bersama ciri-ciri seperti
penyulitan hubungan, pencepat Protokol Kawalan Transmisi (TCP), cache Pengkhidmat
Nama Domain (DNS) dan keutamaan pengurusan trafik tepat masa Kualiti Perkhidmatan
(QoS), semuanya dalam satu kotak.

VSAT terbahagi kepada dua kategori iaitu berbentuk unit luaran dan unit dalaman. Unit
luaran dilengkapi dengan antena dan RFT (Radio Frequency Transceiver). Saiz
antenanya adalah berdiameter 1.8 meter atau 2.4 meter. Unit dalamannya pula berfungsi
seperti modem dan juga sebagai antaramuka untuk komputer peribadi, rangkaian kerja
setempat (LAN), telefon dan fax. VSAT amat berguna kepada pengguna yang
memerlukan penghantaran dan penerimaan maklumat berkapisiti tinggi, mudah dicapai
dan fleksibel serta mempunyai liputan yang luas tanpa mengira keadaan geografi.

Tujuan VSAT diperkenalkan adalah untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan
ICT, membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa
wayar, merapatkan jurang pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar
dan kawasan-kawasan pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved
communtiy), memenuhi aspirasi Pelan Jalur Lebar Negara serta memastikan jurang digital
antara sekolah di luar bandar dengan bandar tidak terlalu jauh.


Talian macam chipmore tu pula cuba tengok link ni,
tak paham juga apa maksudnye cari la kat mana-mana, yang pun boleh gak.

No comments:

Post a Comment