Mulakan langkahmu dengan kalimah suci

Wednesday, May 26, 2010

Sebelum 4

Hari ni sudah 28 Mei, mula buat dapur ni 23 April kot, ikutt budjet siapnya lima minggu saja, sekarang dah lebih dari 8 minggu, nak masuk 9 minggu dah. Apa macam ada berani ambil tempahan ka. Saya masih lagi boleh rekemen la, walau pun agak lambat dari jadual sebab masih ada pergerakan walaupun lambat, tapi disebabkan faktor luaran seperti dapur tukar patern baru, cermin pecah dalam perjalanan, ukuran tak tepat, kena buat lain, semuanya mengambil masa tambahan, apa pun kena juga denda/ penalti sebab lewat ni. Apa penalti yang sesuai ya? Saya sedang fikir aksesori yang boleh ditambah lagi ni sebagai penalti. Setakat ni apa yang saya minta tambah, semuanya saya dapatla. Tambah-tambah gambat ni saya letak dalam blog, bukannya hendak menunjuk-nunjuk, nanti timbul riak pula, sekadar hendak berkongsi dan catatan peribadi di ruangan ini. Siapa yang ingin berkongsi pun boleh juga. Bila selesai projek nanti baru saya akan buat promosi syarikat ni, nak tau jugala dapat berapa persen kalau perkenal orang, macam MLM pula . Sebab saya nak pastikan kerja selesai dahulu baru berani nak rekemen ni. Sekarang belum berani lagi. Tunggulah sedikit masa lagi.

Selepas
Sebelum dikemas
Tempat kesukaan isteri
Pintu buat spoil pula dah dua kali ukur... kira belum siap ni
Dulu letak dalam sekarang letak kat luar, huduh betui nampaknya.. nak rekemen pun tak berani..
Cuba tengok yang sebelum ni

Adik sempat lagi berposing tu..








Belum boleh masak juga sebab dapur belum ada pula, tukar fesyen baru pulak,
kena tunggu lagi la
Tempat kegemaran juga ni

Dapur basah pun dah hampir siap, tapi masih berlubang tu..

2 comments:

  1. salam...
    tudia....umah orang kaya..cantik lah
    lawati blog aku: http://maktab-mahmud.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam.
    usz, cantiknya kelengkapan umah. mahal2 belaka. Dah nak siap tu... 2,3 hari lagi dah boleh guna....

    ReplyDelete