Mulakan langkahmu dengan kalimah suci

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

AHLAN YA RAMADHAN

UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah. Amalan sunat atau disebutkan juga sebagai an-nadbu itu walaupun tidak sampai ke tahap wajib, namun kelebihan mengerjakannya amat besar.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Bersedekah yang dituntut adalah kepada golongan miskin, anak yatim dan orang tidak berupaya.

Kelebihan bersedekah juga diterangkan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Ibadat sedekah juga disebut ibadat yang sentiasa mengurniakan ganjaran pahala walaupun selepas meninggal dunia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” – (Hadis riwayat Muslim).
Ulama, As-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin menjelaskan beberapa kelebihan diberikan kepada orang yang bersedekah.

Kelebihan itu dikelaskan kepada dua iaitu kelebihan dunia dan akhirat.
As-Samarqaridi menjelaskan bahawa kelebihan di dunia adalah membersih harta dan menyucikan diri, menolak bala serta penyakit, menyenangkan hati orang miskin dan menjadikan harta berkat.

Sementara kelebihan di akhirat adalah menjadi naungan bagi yang bersedekah iaitu meringankan hisab, memberatkan timbangan amal kebajikan, memudahkan seseorang menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim serta meningkatkan kedudukan di syurga.

Hasil nukilan: anakmuaallaf

Friday, July 8, 2011

AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT

Lelaki Kacak Muncul Ketika Jenazah Dikafankan
AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Ihsan:http://biaqpila.blogspot.com/2011/07/lelaki-kacak-muncul-ketika-jenazah.html

Tuesday, August 10, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut
(syahru ramadhana)

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat
kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari
tangan Musyrikin dan

berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni
lebih baik drpd 1000

bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah
meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al
Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan
makanan pedas dan tutup
sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum
dipanaskan oleh api

25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg
meninggal dunia

42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan
pandangan liar

44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan
ditakuti tidak bertemu lagi
dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib,
Isyak dan Tarawih
berjemaah di masjid/surau,ini
sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat,
Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta
lampu dan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan,
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal
(sudah
mati) menangis kerana peluang
untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan

semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir
Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca
doa Tahlil selepas solat Asar.Semoga mereka
diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang
yg meninggal dunia
dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas
kasihan drpd
anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk
mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira
dan ingatlah org2 tua yg sudah
meninggal, semoga nanti
sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita


Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya.
Mengikut riwayat,bermula dari
peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim
sejuk, kemudian Salman Al
Farisi mencadangkan
supaya di gali parit(Khandak) di akhirnya peperangan
ini
di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian
dirakamkan di dalam Takbir.


Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2
bulan,penuh keberkatan,
pengajaran, mendidik mempunyai
ketahanan dan penuh dgnamalan-amalan untuk
mendekatkan
diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu
bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2
mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan
yg soleh/solehah.
Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan
datang.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN





























PENGISIAN YANG TERBAIK DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI
SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T

UNTUK SEPANJANG TAHUN
* Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
* Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
* Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
* Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
* Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
* Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
* Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
* Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
* Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
* Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
* Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
* Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru

RAMADHAN

* Doa pada awal malam Ramadhan.
* Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
* Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
* Memperbanyakkan membaca Al-Quran
* Memperbanyakkan Sedekah
* Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
* Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan
menyamai pahala satu haji
* Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
* Segerakan membayar Zakat Fitrah


Friday, April 9, 2010

Pentingnya Password

Alangkah susahnya jika terlupa.
Terlupa ada kaitannya dengan ingatan

PUNCA LUPA 12 PERKARA
Melakukan maksiat.
Banyak dosa.
Suka memikirkan perkara keduniaan.
Banyak bergantung kepada dunia.
Makan daun ketumbar.
Makan epal masam.
Memerhati kepada sesuatu yang direbus.
Membaca tulisan pada kubur.
Berjalan dibawah qithar unta.
Berbekum dilubang tengkok.
Memakan sesuatu menambah Bilgham seperti banyak minum air.
Mencampak tuma hidup pada bumi.

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/09/28/punca-lupa-12-perkara/

Hari ini saya terlupa password, kerana selalunya guna Password manager sahaja, akhirnya apabila ingin akses daripada komputer lain, tidak berjaya. Kena muhasabah perkara yang disenaraikan di atas. Mari sama-sama kita hayati.

Thursday, April 8, 2010

Otak dan zikir

Posted by Admin at 12:45 PM

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas
tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14
juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf
tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau
ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian
yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan
lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sumber:http://isuhagat1.blogspot.com/2008/10/otak-dan-zikir.html