Mulakan langkahmu dengan kalimah suci

Wednesday, June 2, 2010

Salah Siapa?


Pengotornya Kita

"Para jurutera kereta puas memerah otak mereka bagaimana untuk mencipta bekas habuk rokok dalam kereta. Tengoklah sendiri , semua kereta mesti ada bekas habuk rokok dalam kereta. Tapi ada segelintir perokok di Malaysia merasakan diri mereka lebih pandai daripada jurutera otomotif.

Perokok di Malaysia merasakan tempat habuk rokok adalah tidak sesuai diletak dalam kereta. Oleh itu mereka lebih gemar membuang puntung rokok ikut tingkap.

Rasanya elok kita cadangkan Proton dan Perodua untuk kereta pasaran di Malaysia tak perlu ada tempat habuk rokok. Kalau nak buat juga , mereka kena cipta bekas habuk rokok diluar tingkap.

Kesedaran sivik rakyat Malaysia adalah begitu rendah sekali. Tak payah cakaplah pasal Wawasan 2020 ke , Permata Pintar ke , PLKN ke , Melayu Glokal ke, Angkasawan ke, Sukhoi ke, Kapal Selam ke, sedangkan kita di kelilingi masyarakat yang pengotor yang semakin hilang semangat bergotong royong dan semangat kejiranan.

Bukan perokok sahaja bersikap demikian, kanak-kanak sekolah pun buang plastik makanan dari tingkap bas sekolah, wanita buang tisu dari tingkap kereta.

Tepi jalan adalah merupakan tapak pelupusan sampah kegemaran masyarakat kita.

Bukan pemilik kereta kancil yang tak ada kesedaran sivik, yang bawa Mercedes pun sama sikap mereka.

NAK TENGOK BETAPA PENGOTOR ORANG MALAYSIA ? Petikan dari sini:


Manakala gambar di bawah ini adalah kejadian yang berlaku dihadapan saya, ketika saya sedang memandu pulang dari bertugas. Kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang.

Bas ini keluar daripada simpang berdekatan SK Bandar Baharu Sg. Lalang tanpa berhenti di persimpangan. Pelajar yang berada di dalamnya tidak berhenti henti membuang sampah ke luar, guru tidak ajarkah cara membuang sampah yang betul. Dimanakah tempat membuang sampah. Atau Pemandu bas yang tidak membenarkan membuang sampah dalam basnya, dan dia tidak pula menyediakan tong sampah dalam basnya. Nak salah siapa ni?
Acara menunding jari tidak akan sampai ke mana-mana- akhir empat jari menunding ke arah kita semula.
Bukan setakat bas, van juga sama perlakuan pelajar sekolah di dalamnya. Saya sempat merakam sampah yang dibuang dan terkena kereta saya.
Nampak kertas yang terlekat di cermin sisi kereta saya, ini adalah hasil didikan guru atau pemandu bas terbabit. Murid sekolah mana tu.?

Siapakah yang boleh mengambil tindakan ke atas mereka. Atau memberi didikan ke atas mereka. Saya cadangkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah perlu mengeluarkan satu arahan mengenai perkara ini, agar murid-murid tidak membuang sampah merata-rata, begitu juga memberi arahan yang jelas kepada pemandu bas dan van sekolah mengenai perkara tersebut.
Bukannya apa, perkara akan menjadi suatu tabiat buruk jika tidak di bendung. Pihak sekolah juga perlu sentiasa mengingatkan para pelajar agar tidak melakukan perkara sedemikian secara berulangkali. Jika perkara ini berlaku kepada pihak lain, mereka akan bertanya:
1. Budak sekolah mana ni ? Perangai macam ........
2. Cikgu depa tak ajar ka, cara buang sampah yang betui, gaji ya nak minta tinggi. yang tu pun tak reti ajar.
3. PPD tak buat apa-apaka?
4. Pemandu bas / van ni pandai sungguh jaga kenderaan depa supaya nampak bersih.

Dan lain-lain soalan yang bakal menjelma. Nasib baik kertas, kalau ketul batu macam mana. ?

1 comment:

  1. salam...
    kalau ketui batu, alamatnya kereta baru la lepas ni...hehehhe

    ReplyDelete